ANUGERAH KEHIDUPAN

Selasa, 6 Oktober 2009

Rukun Islam Ke-5

Semua orang pasti tahu apa itu Rukun Islam yang kelima...Menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan..seperti yang kita sedia maklum, tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah..Selain daripada menyambut Hari Raya Haji/ Korban dan melakukan ibadah korban, pada bulan tersebut juga ramai umat islam yang akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji..Mereka akan berkampung di sana selama 44 hari termasuklah berhari Raya Haji/ Korban disana.. Salah seorang penyelia di pejabat saya (En. Zakhairi Hamzah, Exe Customer Service)juga berpeluang menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama ibunya...Beliau cukup bertuah kerana dapat menunaikan haji pada usia seawal 25 tahun..Beliau akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 20hb Oktober ni dan insyaAllah akan pulang pada 4hb Disember nanti..Selama lebih kurang 2 bulan saya dan rakan sekerja akan bekerja tanpa penyelia..Diharapkan sepeninggalan beliau nanti tidak berlaku masalah yang merumitkan kami semua...Diharapkan juga beliau mendapat ketenangan hati dan haji yang mabrur...InsyaAllah...

Penyakit Kronik

Seminggu selepas raya baru ni...Salah seorang ahli keluarga terdekat iaitu makcik saya telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana penyakit kencing manis yang agak membimbangkan..Selama 18 tahun dia mengidap penyakit ni..sepanjang 18 tahun tu dia adalah seorang yang cukup berdisiplin dalam bab pemakanannya..Dia cukup menjaga pemakanannya..Nak dijadikan cerita, sepanjang bulan puasa baru-baru ni..dia tidak menjaga pemakanannya..ape saja makanan yang dihidangkan semua dia makan..termasuklah pada hari raya lepas..dia tidak langsung memikirkan akibat daripada pemakanannya tu..Sampai la suatu hari kakinya sakit...kulit di celah-celah jari kakinya mula kehitaman...kakinya sudah terkene jangkitan kuman yang menyebabkan isi kakinya membusuk..setelah dimasukkan ke PPUM didapati kandungan gula dalam darahnya terlalu tinggi dan dan jari kakinya berkemungkinan akan dibuang..apabila melihat keadaan kakinya yang tinggal tulang selepas pembedahan..memang menyedihkan...Risau pun ade..bukan ape..abah saya pun mengidap kencing manis..harapan saya agar abah saya tidak seperti makcik..begitu juga dengan sesiapa yang membaca tulisan saya ni...diharapkan kita dapat mengelakan diri daripada mengidap penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit berkaitan jangtung kerana ia amat merbahaya untul diri kita....Jagalah pemakanan dan kesihatan kita...Sekian

Isnin, 5 Oktober 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri

Sempena Syawal ni....ramai dikalangan rakyat Malaysia ingin mengadakan rumah terbuka termasuk lah rakan-rakan saya di pejabat...Setiap hujung minggu di bulan Syawal ni..ade saja jemputan..Ahli keluarga terdekat saya juga begitu...semua berlumba-lumba nak adakan rumah terbuka...Memang seronok pergi kerumah terbuka ni...macam-macam makanan yang kite boleh nikmati...ada lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, satey, laksa, kuih muih dan macam-macam lagi la...semuanye menyelerakan dan mengenyangkan...Bagi tuan rumah pula, mereka pasti tak menang tangan nak melayan tetamu yang tak putus-putus datang beraya...maklum la, bukan selalu adakan majlis rumah terbuka...setahun sekali je...Tapi sebelum kite nak adakan rumah terbuka...kita mestilah buat analisa tentang kewangan kita...bukan ape, cume untuk elakkan pembaziran...lagi satu, kalau kite nak adakan majlis-majlis camni...kene la buat bajet dulu...supaya kite tak susah kemudian hari...supaya kite makan maggi dan biskut je lepas tu..fikir-fikir kan la..dan berbelanjalah mengikut keperluan dan jangan mengikut perasaan....SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ahad, 4 Oktober 2009

Tragedi Malam Raya

Dengar je tadbir raya...memang seronok. Tapi saya kena habiskan kerja sebelum balik beraya. Jam 2 pagi 20 hb Oktober (malam raya) Saya bertolak dari Temerloh bersama 3 org adik beradik yang lain nak balik beraya ke kampung di Kg. Gajah Perak....Mula-mulanya rasa macam tak yakin nak bawa kereta jauh...malam tu kira kali pertama la bawa kereta jauh-jauh..dah la tak tau jalan sangat...main hantam je le...nak dijadikan cerita, saya mulakan pejalanan dari Temerloh pada jam 2 pagi. Selepas tol Bentong, Suhu enjin kereta naik...Gelabah jugak mase tu...bila buka bonet enjin, saya tengok penutup tangki air hilang..dah la mase tu pukul 3 pagi...takut jugak...malam raya pulak tu...perjalanan jauh lagi...saya dan adik-adik cuba cari idea...nasib baik la dapat idea...nak tau kami dapat idea macam mane...ermmm.. saya potong selipar jepun adik saya dan tutup lubang air tu...settle...kami sambung perjalanan kami dengan penuh hati-hati..kami sampai ke kampung jam 8 pagi...semua sanak saudara dah bersiap-siap nak sembahyang raya...saya betul-betul kepenatan...tapi alhamdulillah kami selamat sampai...Untuk yang ingin membuat perjalanan yang jauh...pastikan la kereta kita berada dalam keadaan selamat dan stabil supaya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini...

Khamis, 13 Ogos 2009

Penangan H1N1


H1N1...Virusnya sangat bahaya. Virusnye juga cepat dan senang merebak..sesiapa sahaja berkemungkinan besar untuk mendapat virus ni...termasuk la aku...kebetulan aku berkerja di kawasan hospital...memang menakutkan...kalau nak kemana-mana mesti kena pakai topeng muka/mask..Nasib baik pejabat aku ada bekalkan mask untuk setiap department..Virus ni memang bahaya..setakat ni dah ada lebih kurang 45 kes kematian di seluruh Malaysia...setiap hari ada jer pertambahan kes...jadi untuk mengelakkan diri kita terkene jangkitan virus bahaya ni...kita mestilah mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia...kerap la basuh tangan selepas melakukan apa-apa aktiviti...kalau terdapat sintom-sintom H1N1 ni...segera la pergi buat pemeriksaan di hospital-hospital kerajaan...elak kan diri dari terlibat dalam majlis keramaian...virus ni boleh membawa maut..jangan kita ambil mudah sahaja...jagalah kesihatan kita dan keluarga kita......

Nyam..nyam...




Seronok betul unjung minggu lepas...aku ngan kengkawan pergi ke umah budak satu pejabat (namanye kamariah) untuk kutip semua buah-buahan kat umah dia...ada rambutan..durian..dan manggis...best giler...kitorang makan sampai kenyang...bukan selalu dapat makan buah banyak-banyak macam ni...setahun sekali jer..so kitorang gunakan le peluang ni sebaik yang mungkin...keluarga kamariah ni memang baik...sebelum kitorang datang, ayah die dah siap kait semua buah-buahan untuk kitorang makan ..siap bawak balik penuh satu kereta...Thanks to kamariah dan keluarga yang beri layanan baik untuk kitorang...tahun depan kitorang datang lagi...

Ahad, 26 Julai 2009

Pertama Kali

Assalamualaikum...


Firts time buat blog ni...agak mencabar...maklum le, baru nak berjinak-jinak dalam dunia IT ....ape pun thanks to En. Bakri kerana menggalakkan aku untuk menceburi bidang blog yang sememangnya menarik dan menyeronokkan ni....Actlualy aku tak berapa minat nak mengarang dan menulis...maklum la dah lame tinggalkan dunia sekolah...tapi aku akan cuba, try and test. Banyak perkara yang aku perlu pelajari memandangkan dunia IT sekarang memang terlalu cepat berubah...dalam mase yang singkat je, banyak benda yang baru untuk dipelajari...Zaman sekarang kalau kita ketinggalan atau tak tau apa-apa tentang IT, memang amat merugikan...Kita akan ketinggalan banyak perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri kita...jadi kalau kita ada peluang untuk mempelajari bidang IT ni...rebut la peluang tu dan gunakannye dengan sebaik mungkin....