ANUGERAH KEHIDUPAN

Ahad, 4 Oktober 2009

Tragedi Malam Raya

Dengar je tadbir raya...memang seronok. Tapi saya kena habiskan kerja sebelum balik beraya. Jam 2 pagi 20 hb Oktober (malam raya) Saya bertolak dari Temerloh bersama 3 org adik beradik yang lain nak balik beraya ke kampung di Kg. Gajah Perak....Mula-mulanya rasa macam tak yakin nak bawa kereta jauh...malam tu kira kali pertama la bawa kereta jauh-jauh..dah la tak tau jalan sangat...main hantam je le...nak dijadikan cerita, saya mulakan pejalanan dari Temerloh pada jam 2 pagi. Selepas tol Bentong, Suhu enjin kereta naik...Gelabah jugak mase tu...bila buka bonet enjin, saya tengok penutup tangki air hilang..dah la mase tu pukul 3 pagi...takut jugak...malam raya pulak tu...perjalanan jauh lagi...saya dan adik-adik cuba cari idea...nasib baik la dapat idea...nak tau kami dapat idea macam mane...ermmm.. saya potong selipar jepun adik saya dan tutup lubang air tu...settle...kami sambung perjalanan kami dengan penuh hati-hati..kami sampai ke kampung jam 8 pagi...semua sanak saudara dah bersiap-siap nak sembahyang raya...saya betul-betul kepenatan...tapi alhamdulillah kami selamat sampai...Untuk yang ingin membuat perjalanan yang jauh...pastikan la kereta kita berada dalam keadaan selamat dan stabil supaya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan