ANUGERAH KEHIDUPAN

Selasa, 6 Oktober 2009

Rukun Islam Ke-5

Semua orang pasti tahu apa itu Rukun Islam yang kelima...Menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan..seperti yang kita sedia maklum, tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah..Selain daripada menyambut Hari Raya Haji/ Korban dan melakukan ibadah korban, pada bulan tersebut juga ramai umat islam yang akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji..Mereka akan berkampung di sana selama 44 hari termasuklah berhari Raya Haji/ Korban disana.. Salah seorang penyelia di pejabat saya (En. Zakhairi Hamzah, Exe Customer Service)juga berpeluang menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama ibunya...Beliau cukup bertuah kerana dapat menunaikan haji pada usia seawal 25 tahun..Beliau akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 20hb Oktober ni dan insyaAllah akan pulang pada 4hb Disember nanti..Selama lebih kurang 2 bulan saya dan rakan sekerja akan bekerja tanpa penyelia..Diharapkan sepeninggalan beliau nanti tidak berlaku masalah yang merumitkan kami semua...Diharapkan juga beliau mendapat ketenangan hati dan haji yang mabrur...InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan