ANUGERAH KEHIDUPAN

Selasa, 6 Oktober 2009

Penyakit Kronik

Seminggu selepas raya baru ni...Salah seorang ahli keluarga terdekat iaitu makcik saya telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana penyakit kencing manis yang agak membimbangkan..Selama 18 tahun dia mengidap penyakit ni..sepanjang 18 tahun tu dia adalah seorang yang cukup berdisiplin dalam bab pemakanannya..Dia cukup menjaga pemakanannya..Nak dijadikan cerita, sepanjang bulan puasa baru-baru ni..dia tidak menjaga pemakanannya..ape saja makanan yang dihidangkan semua dia makan..termasuklah pada hari raya lepas..dia tidak langsung memikirkan akibat daripada pemakanannya tu..Sampai la suatu hari kakinya sakit...kulit di celah-celah jari kakinya mula kehitaman...kakinya sudah terkene jangkitan kuman yang menyebabkan isi kakinya membusuk..setelah dimasukkan ke PPUM didapati kandungan gula dalam darahnya terlalu tinggi dan dan jari kakinya berkemungkinan akan dibuang..apabila melihat keadaan kakinya yang tinggal tulang selepas pembedahan..memang menyedihkan...Risau pun ade..bukan ape..abah saya pun mengidap kencing manis..harapan saya agar abah saya tidak seperti makcik..begitu juga dengan sesiapa yang membaca tulisan saya ni...diharapkan kita dapat mengelakan diri daripada mengidap penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit berkaitan jangtung kerana ia amat merbahaya untul diri kita....Jagalah pemakanan dan kesihatan kita...Sekian

1 ulasan:

  1. Semalam (7hb Okt 2009) kaki makcik dipotong..sedih betul...harap dia tabah hadapi dugaan...

    BalasPadam